![]() |
Add caption |
Permintaan Terakhir seorang ISTERI "
Bismillahirrahmanirrahiim...
Seorang isteri
kesedihan apabila suaminya telah meninggal dunia.
Dirinya telah membuat
satu permintaan terhadap jenazah suaminya. Apakah permintaan itu?
Permintaan Seorang
Isteri Terhadap Jenazah Suaminya..
Menjadi idaman
seorang suami apabila memiliki isterinya yang solehah. Begitulah di sebaliknya
seorang isteri mengidamkan seorang suami yang solehah..
Terdapat suatu kisah
di mana seorang isteri menangis-nangis kerana Ingin mandikan jenazah suaminya..
Bapak mertua dengan
polis forensik tidak mengijinkan..
Sambil menangis
isteri berkata “Ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu
(isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang,
abang akan mandikan jenazah kamu.. ”
Dari luar bilik mayat
hospital seorang ustaz masuk bertanya apahal yang terjadi, kemudian ustaz itu
berkata :
“Tidak mengapalah
kalau isteri ingin mandikan jenazah suami..” Lalu ustaz bersama beberapa orang
lagi menemani si isteri memandikan jenazah suaminya..
**Dengan tenang
isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa,
“Inilah wajah suami
yang ku sayang tetapi Allah lebih sayang kepada abang..
Semoga Allah ampunkan
dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti..”
**Membasuh tangan
jenazah suami sambil berkata:
“Tangan inilah yang
mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami.semoga Allah memberi
pahala untuk mu wahai suami ku..”
**Membasuh tubuh
jenazah suami smbil berkata:
“Tubuh inilah yang
memberi pelukan kasih sayang pada ku dan anak-anak, semoga Allah beri pahala
berganda untukmu wahai suamiku”
**Membasuh kaki
jenazah suami smbil berkata:
“dengan kaki ini
abang kedua mencari rezeki untuk kami berjalan dan berdiri sepanjang hari
semata-mata untuk mencari sesuap nasi, terima kasih abang…semoga Allah memberi kau
kenikmatan hidup di akhirat dan pahala yang berlipat kali ganda”
Selesai memandikan
jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata:
“terima kasih abang
kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima
kasih karana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan aku
sebagai seorang isteri redha akan kepergianmu kerana kasih sayang Allah pada
mu.”
Betapa sucinya hati
seorang isteri pada suaminya..
Semoga menjadi
iktibar untuk kita bersama..
InsyaAllah...
Jika kita menghayati
setiap bibit kata yang diterpancar dari mulut wanita ini, sudah tentu kita akan
merasa sedih, lebih-lebih lagi jika kita sudah mempunyai seorang suami maupun
isteri..
Didik dan bimbinglah
isteri kita ke jalan yang lurus. Taatlah kepada suami kamu sebagaimana kami
mentaati ibu bapa kamu..
Semoga Bermanfaat..